Wednesday, 5 October 2016

A Sneak Peek of UiTM Dengkil!

Assalamualaikum.

Lama sangat dah ni tak update blog rasanya. Kalau nak diikutkan hati, mood nak berblog tu dah terbang melayang tak tau pergi mana dah. Tapi disebabkan aku rasa hari-hari aku sangatlah tak produktif, makanya aku gagahkan jugak diri untuk update blog ni. Kata nak jadi hakak sadoooo kan!


Alhamdulillah, aku telah diterima masuk ke UiTM Dengkil untuk menyambung pelajaran dalam bidang Asasi Tesl sesi 2016/2017. Apahal bahasa aku skema gila ni wei?! Hantam sajalah labuuuuu!!! Ok, back to the topic Fatini. Cukup-cukuplah tu melalut. Kau ingat ada orang nak baca blog syok sendiri kau ni? Ayat pendahuluan kemainnnn kan. Buat pengetahuan korang, by the time aku tengah tulis entry ni, aku dah pun masuk ke hari kedua final exam semester 1. Nampak tak bertapa busuk-asyem blog aku ni dah jadi? Last entry masa pergi interview kot! Ni dah final exam baru nak sambung menulis dalam blog apa cite tini apa cite.


Okay, back to the title. Nak tengok serba sedikit tentang UiTM Dengkil tak guys? UiTM Dengkil ni sebenarnya baru je bukak hujung hujung tahun 2015. UiTM Dengkil ni dah dijadikan Pusat Asasi yang menempatkan semua bebudak asasi tak kiralah Kejuruteraan, Sains, Law ataupun Tesl macam aku ni haa. Misal kata, semua budak asasi ada terkumpul ibarat semut menghurung gula di UiTM Dengkil ni. Nampak tak penggunaan peribahasa yang kurang sesuai di situ? Ok next!


Ini semua sneak peek dulu eh. For a full view of UiTM Dengkil from A to Z akan daku ceritakan di entry-entry yang seterusnya yakni selepas habis final nanti. Aku faham tak banyak sangat cerita tentang UiTM Dengkil ni yang kau boleh dapat dalam internet sebab benda baru lagi kan. Lebih-lebih lagi tentang Asasi Tesl. Takpe, insya-Allah aku akan ceritakan bila ada masa terluang nanti. Esok aku ada exam CTU (agama) wehhh. Sebelum tu, korang boleh usha blog abg senior theikhmalzikry dulu sebab blog dia serius membantu gilaaaa. Aku rujuk blog dia kot dari masa sebelum interview sampai la sekarang ni.


Now, let me introduce to youuuuuu *drum rolls* UiTM Dengkil!!!



Papan tanda hadapan. Bagi aku warna dia kurang menyengat. Ok tu je nak komen.         

Pondok Polis Bantuan dekat pintu masuk. Kau hati-hati sikit dek, sesi saman-menyaman kat kawasan ni berjalan dengan amat pesat!

Anjung Dengkil tempat korang akan mentekedarah nanti. Lots of food! Sebab tu aku kat sini cepat habis duit.



View dari jalan besar kat luar. Sebelah uitm ni memang padang jarak padang terkukur. Selalunya banyak lembu-lembu dok meragut rumput kat sini. Serius.


View malam dari luar.

Bangunan Pentadbiran yang tersergam indah. Nun dari jauh kau dah boleh nampak bangunan ni. The tallest in Dengkil city I bet!


View dari tingkat 7 bangunan Dahlia 2 (blok kediaman perempuan)


Kolej Dahlia 3 yakni blok kediaman aku yang tersayang.

Okay, so far yang tu dulu eh. Aku nak kena hafal tentang pembentukan manusia dan dalil-dalilnya untuk jawab CTU besok ni hahahaha. Banyak lagi tentang UiTM Dengkil dalam entry-entry seterusnya. Memandangkan Isnin depan last paper dan boleh balik cuti sem, Jumaat pulak takde exam, aku akan cuba rajinkan diri pergi photoshoot sedikit sebanyak bangunan-bangunan dalam uitm ni untuk korang yang nak tahu tentang UiTM Dengkil. Walaupun kecil, tapi insha-Allah lengkap serba-serbi.

Till then,
Ciao.




Entri yang berkaitan:
1. Pengalaman interview TESL di UiTM Dengkil 2016


note: all pictures were taken using my very own smartphone. Taking it without asking for my permission first is strictly prohibited!

Tuesday, 26 April 2016

Pengalaman Interview TESL di UiTM Dengkil 2016


Assalamualaikum semua! Kabare?

Hari tu entah bila aku lupa tarikh dia. Agaknya 15 April 2016 tak silap aku, keputusan temuduga bagi TESL untuk uitm dah keluar dekat portal uitm sendiri. Memandang aku dan Natasya masing-masing letak bidang ni tempat pertama sekali masa isi upu, makanya kami berdua jadi orang paling excited masa tu. Alhamdulillah, lepas check dengan sepantas kilat pukul 3 petang tu, kitorang berdua dapat panggilan temuduga untuk Asasi TESL di UiTM Kampus Dengkil (arghhhh yes!!!!).

Surat Panggilan Temuduga :)

Tapi sayang, aku dengan Tasya dapat di tempat yang sama tapi waktu dan hari yang berlainan. Tasya hari Sabtu dan sesi pukul 8.00 pagi dan aku hari Ahad dan sesi pukul 2.00 petang. Ah, itu semua tak penting! Yang penting dapat peluang, ye tak? Kiranya, kejadian interview ni dah berlangsung tiga hari dari tarikh aku tulis entry ni.

Disebabkan tak ada siapa dalam family aku tahu atau pernah pergi ke Dengkil, dan tak tahu pun uitm dekat Dengkil tu wujud (sebab uitm dengkil baru bukak hujung tahun lepas kalau tak silap sheikh google :P), makanya kitorang satu family decided untuk pergi sehari awal. So aku pun tolong booking hotel dekat Agoda. Seb bek ada hotel kat Dengkil beb! 

Inilah hotel yang aku duduk. D Boutique Hotel!

Tapiiiiii, aduilah sesat larat nak cari hotel ni sebab tak biasa lagi jalan Dengkil. Uitm tak susah cari sebab dah boleh nampak dari jauh, and hotel ni sebenarnya dekat sangat dengan UiTM Dengkil tapi kena carilah eh. Murah dan sangat selesa! Recommended!

Hari Ahad untuk interview tu, aku dah nervous cam gila tapi sekejap je lepas dah tenangkan diri zikir banyak-banyak takde hal dah. Lepas Subuh, tengok berita pagi jap (sebab nak update recent issues hehe), lepas tu turun breakfast. Masa kat dining area tu nampak ramai yang pakai baju kurung, ada yang pakai kemeja dengan tie smart-smart. Konfem nak gi interview jugak kan!!!

Menu hari Ahad tu ada nasi lemak, kuetiaw goreng, nugget panas-panas, toast, honeystar and conflakes, air kiwi, teh o dan kopi. Semuanya sedap cuma sambal nasi lemak tu pedas sikit.

The girls. Perempuan kan kalau makan memang takes time. Hat lelaki-lelaki tu sikit lagi nak habis waktu bfast baru dorang turun.

Selfie sedas dengan kakcikku yang gemok :P

Maafkanlah muka-muka tak mandi itewww ya hahaha.  Kakak-kakakku yang paling sporting di dunia dengan sukarela dan sesuka hatinya telah turun dari UIA Gombak ke Dengkil ni sendiri semata-mata untuk menyaport (kata dasar dia support hahaha) dan memberi sokongan moral kepada adik mereka yang kurang bermoral ini. Sebenaqnya depa tu nak tidoq hotel ja kannnnn :P

Lepas breakfast, naik bilik and tengok tv cite kartun hahaha. Lepas tu tidoq sejam dua, and bangun mandi terus lama-lama sambil bercakap sorang diri dalam bilik air (praktis ok! xD). Pukul 1 petang kitorang check out dan terus ke uitm yang tak sampai sepelaung dari hotel. Dekat gila lima minit je!


Silang kaki nak bagi nampak effect kurus tapi angin kuat gilaaaa habis berhindustan bajuku tatkala itu uolls. Sudahnya gambar ini nampak pelik hahahaha

Kakak dan adik.

Selfie berjemaah pulak. Gambar ni mengundang kontroversi bila aku upload kat instagram. Depa kata pipi aku merah macam kena tampaq kahkahkah. Ini penangan krim Tabita ok uolls! Pipi merah tu terjadi tanpa kuduga, tak adanya mekap segala.


Check namaaaaa

Happy sangat muka budak ni taktau pasaipa

Sampai je situ, ambik gambaq sat. Penting tau! Lepas tu baru pergi tengok name list yang diorang dah lekat dekat whiteboard. Aku dapat Panel 8, giliran 12. Dalam pukul 1.30 macam tu aku kena naik aras 3 untuk ujian bertulis. Masa tu parents or family tak boleh ikut naik atas so family aku tunggu kat ruang bacaan di tingkat bawah tu. Makanya aku pun naiklahhhhh seorang diri.


Sorang-sorang ja naik. Rupa-rupanya aku one of the last yang naik atas! Patut la kosong sunyi sepi lif masa aku naik ni huhuhu


Ujian bertulis tu mula pukul 2.00 petang dan habis pukul 3.00 petang. 1 jam je masa diberi untuk kau siapkan 15 soalan comprehension dan satu soalan essay. Aku dapat essay yang bertajuk disadvantages of internet. Nampak senang kan? But noooooo... kalau kau dah lama dah pegang pen semenjak SPM dulu, dan dah lama tak praktis tulis essay, kau akan rasa benda ni amat payah untuk disettlekan (akulah salah satunya hahaha). Soalan comprehension pulak memang perghhhh... tahap international gila beb! Doploh kali kau ulang baca artikel yang dia bagi tu pun belum tentu boleh faham! Artikel tu tentang emotions macam tulah lebih kurang.

Selesai ujian bertulis, ahli-ahli sama panel dengan aku dibawa turun ke aras 2 untuk temuduga. Disebabkan nak cepat mungkin, penemuduga aku telah membuat temuduga kami secara berpasangan. Pairinglah kiranya ni! Sedangkan yang lain buat sorang-sorang kot! Alhamdulillah...

Bila tiba giliran aku, aku pun masuklah bersama pasangan aku masa tu. Sumpah aku terlupa nama dia sape. Maaf ya. Bila dah masuk, dua orang penemuduga perempuan tu suruh kami letak beg kat atas meja di sebelah dan serahkan fail. Setakat yang aku masih ingat, beginilah interview tu berlangsung.

Interviewer : Okay, you are Nur Fatini bt Zulghafar right?
Me : Yes, I am.
Interviewer : Tell me why do you choose TESL?
Me : (mak aii dia tak tanya soalan introduce yourself ka? penat ready jawapan!) The main reason why I choose TESL is because I really want to be a teacher *pandang dia dengan mata bersinar*. I really really want to be a teacher. Honestly, I wanted to apply for IPG but unfortunately I didn't pass the minimum requirements, so I can't apply for it. But, that doesn't mean I can't be a teacher, right?
Interviewer : *senyum* Of course, dear.
Me : There's always another option like Asasi TESL in uitm. Futhermore, I really love English and English is my favourite subject in school. That is why I choose TESL as my first choice.
Interviewer : Good. What is your hobby, Fatini?
Me : I love watching movies, baking, and even singing.
Interviewer : Oh, what can you bake? (diorang nampak sangat berminat masa ni hahaha)
Me : I can bake cakes and cookies, but my forte is definitely cookies.
Interviewer : You should've brought us some cookies! *gelak gelak*
Me : *gelak jugak* I did, but it was with my family. They are picnicking at the field right now.
Interviewer : Where are you from, Fatini? And with whom do you come today?
Me : I'm from Ipoh and I came with my parents. My sisters came all the way from KL by ERL yesterday.
Interviewer : You have such a supportive sisters! Okay, lastly I want to hear you sing.
Me : (aku dah ready dengan soalan yang ini sebab Tasya pesan kata dia kena nyanyi gak mwehehehe) *dengan confident aku bangun dan nyanyi bahagian chorus lagu Listen - Beyonce. Beyonce koooooo!!! xD*
Interviewer : Thank you. Do you have any question to ask?
Me : Yes, I have a question. IF I am not chosen to study in this field, may I know the reason why?
Interviewer : *senyum* Honestly, we both like you so far (masa dia cakap ni aku rasa ya allah alhamdulillah lega gilaaaa). bla bla bla aku tak ingat sangat apa lagi diorang cakap tapi dia ada cakap yang keep praying, sebab beribu-ribu orang apply untuk tesl ni jadi ikut rezeki siapa yang dapat.

Selesai interview, aku pun keluar dan sembang-sembang jap dengan yang lain sebelum balik. Overall, aku rasa interview ni fun sangat-sangat!!! Langsung tak ada rasa nervous, atau takut sebab interviewer teramatlah baik dan sporting. Bila kena interview tu, sebenarnya rasa macam tengah sembang-sembang dengan kawan je. Masa kena interview pun banyak gelak-gelak.

Basically aku rasa interview aku ok dan best. Tak ada kena tanya soalan susah-susah macam current issues atau educational issues ke walaupun aku dah ready nak jawab soalan-soalan macam tu. Tips yang aku boleh bagi untuk korang yang seterusnya ni, untuk elak ditanya soalan-soalan cepumas tu, cuba 'pancing' penemuduga dengan benda yang korang tahu. Apa yang aku perasan, interview setiap orang dalam 10-15 minit je. Jadi, kalau korang berjaya pancing dorang untuk tanya soalan yang kau tahu jawapannya, maka kau selamat.

Contohnya kalau dia kata introduce yourself, korang boleh cakap bla bla bla dan jangan lupa mention hobby korang dan apa yang korang buat masa cuti panjang lepas SPM. Kalau suka baca buku, cakap suka. Jangan tipu! Jangan sesekali!!! Sebab diorang mesti akan tanya kenapa kau suka baca buku, buku apa kegemaran kau, kenapa kau suka buku tu. So, secara tak langsung kalau kau memang suka baca buku, kau terangkan balik jelah kenapa kau suka buku tu. Simple je kan? Sebab tu aku cakap jangan bohong, sebab dorang mesti boleh detect kau bohong kalau kau stuttering bila tengah explain tentang favourite book kau sendiri. Inilah taktik yang aku panggil 'pancing' hehehe. Pancing dia untuk tanya kau soalan yang kau dah arif akan jawapannya!

Reminder : Tak semestinya taktik pancing ni berkesan tau! Tapi tak salah kalau cuba kan?

Lepas habis interview maka kami satu family pun bertolak balik ke Ipoh petang tu dalam keadaa yang hujan lebat. Hujan rahmat barangkali! Oklah, rasanya dah banyak sangat aku membebel ni. Sebelum berakhir, tolong doakan aku dapat belajar tesl ni ya! 

Till then,
Ciao.




Thursday, 7 April 2016

Keputusan SPM 2015

Haaa tudiaa tudiaaa...  Masih wujud rupanya kau tini yaaa... Setelah sebulan menghilang sejak keputusan SPM haritu, terus senyapkan diri? Apa cita bro? Kata nak update blog lepas dapat result? Ini dah kepam result tu baru nak update!

Alaa... ampunkanlah daku ini. Aku telah menghadapi hari yang sukar sejak dapat result haritu. Pasrah je bunyi kan? Kalau bunyi dah pasrah macam ni... kau agakkkkk? 

Tapi benda dah lama lepas, aku malas nak cakap banyak sebenarnya. Okey, aku straight to the point. Result aku takdelah gempak mana. Teramatlah biasa sahaja... ni kat bawah aku tunjukkan.

Inilah dia slip keramat tu

Kalau kurang jelas apa yang tertulis dalam slip tu, meh sini aku yang terangkan. Keputusan aku adalah seperti berikut :

BAHASA MELAYU | A+
BAHASA INGGERIS | A
PENDIDIKAN ISLAM | B+
SEJARAH | B+
MATHEMATICS | A
SCIENCE | A-
ADDITIONAL MATHEMATICS | E (lulus yaayyyy!!!)
PRINSIP PERAKAUNAN | B
EKONOMI ASAS | B+

Makanya aku ada 4A jelah... tak capai target, tapi nak buat macam mana. Masa aku dapat slip ni, aku terkedu. Tak tahu nak react apa, sebab aku tak jangka macam ni sekali. Balik rumah, puas aku nangis, aku fikir kenapa jadi macam ni? Aku dah try hard, aku dah buat semuanya... tapi kenapa tak dapat apa yang aku nak? Seharian tu aku memang down sangat. Sampai kawan-kawan aku yang lain sekolah, tak berani nak tanya aku sebab selalunya aku yang akan bukak mulut dulu. Tapi kali ni tak. Semua mesej dalam whatsapp semua aku tak balas, sebab aku memang sangat tak ada mood.

Aku terperap dalam bilik, dok fikir apa yang aku dah buat.  Kiranya aku muhasabah diri balik. Mesti ada sebab kenapa aku tak dapat apa yang aku nak. Mungkin Allah nak tunjuk kat aku supaya jangan riak, takbur. Dan masa tu baru aku terfikir yang aku ni pernah je bercakap buruk tentang cikgu, walaupun sebelum SPM aku dah minta maaf dekat semua. But still, aku ada buat semua tu. Aku pernah benci cikgu kenapa buat itu, kenapa buat ini. Jadi bila dah muhasabah diri macam ni, baru aku sedar mana salah silap aku yang sebenarnya. Allah tak redha. Allah tak redha dekat aku.

Dan mungkin juga Allah nak tunjuk yang jalan yang aku hendak pilih tu bukan jalan untuk aku. Macam entry sebelum ni, aku ada cakap yang aku nak sangat pursue law, nak jadi lawyer. Tapi dengan keputusan aku sekarang, aku tak boleh nak apply semua tu dalam UPU. Jadi aku fikir balik... dulu aku terlampau yakin. Aku yakin yang itu jalan untuk aku. Rupa-rupanya Allah nak tunjuk, bukan itu jalan untuk aku.

Persoalan pertama sekali yang muncul dalam kepala aku bila tengok result ni, aku fikir. KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU NAK? Allah... rupa-rupanya dalam Al-Quran dah terjawab soalan aku ni.

Al-Baqarah : 216
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”


Aku yakin... Allah dah tetapkan sesuatu yang lebih baik untuk aku. Aku anggap ini semua ujian untuk aku dalam mematangkan kehidupan. Jalan aku masih jauh. Aku masih boleh buktikan diri aku lagi. This is not the end for me.

Not the end.

Till then,
Ciao.

Thursday, 25 February 2016

Seminggu Sebelum Keputusan SPM 2015


Ya, aku seorang makhluk yang lahir pada tahun 1998. Tahun 2016 merupakan tahun ke 18 aku hidup atas muka bumi (kau nampak ayat sasterawan negara aku ni?). Makanya tahun 2015 ialah tahun ke 17 aku hidup! Ok sekarang ni motif dia apa cik bedah?

Hahahaha... Ok motifnya sekarang ialah sebenarnya aku tengah nervous sebab result SPM nak dekat dah. Result akan keluar pada 3/3/2016. Lebih kurang seminggu je lagi tu! Makan tido makan tido, tuptup dah sampai hari Khamis. Kemudian pada hari tersebut semuanya bakal jadi seperti kucing nak beranak. Nervous lah kiranya tu!

Mungkin ginilah aku akan jadi masa nak ambik result nanti. Gigit jari la sampai putus hahahha...

Mungkin ada yang akan cakap, chill la der, apa ada hal, benda dah lepas, relaks dah lah, and whatsoever. Kau pikir senang nak hapuskan segala pemikiran negatif yang ada dalam kepala otak ramai manusia yang sebaya dengan aku sekarang ni? Susah der!!!

Ya, pemikiran negatif dalam kepala aku ni dah melangkaui pemikiran positif aku. Dahlah kebelakangan ni aku asyik mimpi sekolah, makin bertambah cuaklah aku! Aku dok terfikir, what if aku tak capai apa yang aku nak? What if aku tak capai expectation orang sekeliling aku (family etc)? What if keputusan tu nanti akan mengecewakan aku dan orang sekeliling aku? What if, what if, what if?! All of these freaking thoughts memang akan drive me to hell!

Cakap pasal expectation, hari tu aku ada pergi satu program ni dekat Universiti Malaya for two days. Nanti aku cerita lebih lanjut pasal program ni dalam entry yang lain (kalau aku rajin). Ada antara slot program tu, dia bercakap tentang kita jangan hidup dalam expectation orang. Aku rasa slot Aiman Banna (aku baru tahu pada hari itu bahawa dia ni femes. tapi sorry lah aku tak kenal dia makanya dia belum cukup femes la kot bagi aku hahaha opsss), entahlah aku pun dah ingat-ingat lupa slot sape. Dia ada la elaborate tentang expectation tu dan aku faham point dia tapi nak cerita kat sini macam panjang pulak makanya biar aku sorang jelah yang faham kuikuikui...

But, back off. Aku memang sentiasa hidup dalam expectation orang. So what? Apa salahnya kalau hidup dalam expectation orang kalau ianya akan membuatkan dorang happy? Contoh aku bagi, ramai family members (termasuk sedara mara) yang mengharapkan aku selalu cemerlang dalam pelajaran. 5A UPSR achieved, 8A PMR achieved, kau rasa SPM ni dorang expect apa? 9A la wehhh!!! If aku penuhi expectation dorang, walaupun aku kadang-kadang rasa macam why am I doing all these shit sebab aku bukannya budak yang pandai sangat pun, tapi... bila tengok dorang semua happy dengan apa yang aku dah capai, automatik aku akan rasa everything yang aku buat tu berbaloi.

So, yes, I totally lived within other people expectations.

Totally true. Realiti tu pahit macam hempedu tahu tak. Tapi bila dah capai expectation tu, tetiba rasa dia manis macam madu.


Jadi sekarang kau dah nampak berapa perenggan aku dah meraban kat atas tu? Itulah buktinya semakin dekat hari keputusan, semakin banyak benda yang bermain dalam pemikiran aku.

Ok, tutup cerita tentang tu. Kita bukak cerita lain pulak. Bila sebut tentang result SPM, mesti berkait rapat dengan bidang apa kau nak sambung lepas ni, ataupun kau apply mana? Am I right? Don't worry, Fatini is always right *winkwink*. HAHAHAHA.

Macam orang lain, aku pun dah apply UPU. Buat masa ni aku baru buat dua kali perubahan dan takkan buat apa-apa perubahan lagi sampailah tiba masa aku dapat result nanti. Sebab result SPM aku tulah yang akan menentukan sama ada aku layak atau tak untuk teruskan dalam bidang yang aku minat tu.

Insya-Allah, kalau ada rezeki, ada lah nanti tu.

Aku ada PLAN A dan PLAN B. Plan A ialah plan utama, yakni kalau result aku sesuai dengan bidang yang aku pilih, makanya aku akan teruskan plan A. Plan B pulak ialah plan di mana kalau result aku tak memberangsangkan, dan tak layak untuk masuk dalam bidang yang aku mintak tu, makanya aku akan gunakanlah plan B ini.

Buat masa sekarang, inilah top 3 yang aku letak dalam UPU :

Asasi Undang-Undang - UIAM
Asasi Undang-Undang - UITM
Asasi TESL - UITM

Doa-doakanlah supaya aku dapat belajar undang-undang tu. Aku nak jadi seorang peguam wanita yang berjaya! Sila jangan gelak pabila membayangkan aku jadi peguam. Tak baik tau judge orang hahahahaha! xD

Oklah, banyak sangat dah aku merepek kali ni. Next entry, aku update lepas dapat result! Nak tahu sama ada aku menangis kegembiraan atau kesedihan?

Till then,
Ciao.

Wednesday, 10 February 2016

Ujian JPJ yang amat Menyayat Hati

Ini dia satu perkara antara yang nokharom terjadi pada diri aku minggu lepas (ayat nak lepas marah kat diri sendiri). Biasalah budak lepas SPM macam aku ni, apa lagi memang la nak ambil lesen kereta kan? Begitu jugalah diriku ini... gigih tau lepas habis paper EA pukul 4 tu terus singgah daftar untuk belajar kereta hahaha.

Macam biasa, aku pun belajar la memandu. Aku daftar kat satu tempat ni nama dia City Ipoh. Kena charge RM 954. Bagi aku murahlah kot sebab ada kawan kena sampai seribu (jenis fast track ni kannn).

Nerves nak belajar tu memanglah macam gila. Seumur hidup aku pegang stering kereta pun tak pernah, apatah lagi nak memandu. Manual kot! Kereta kat rumah ni dahlah semuanya auto, aku nak praktis pun haram tak sama langsung. Apa jadah belajar pakai manual, nak praktis pakai auto. Tak sama langsung bro! Takde faedahnya pun hahaha.

Tapi lepas beberapa kali kelas, aku pun dah kira pro la jugak (walaupun dalam litar asyik langgar divider je). Jalan raya semua aku kira dah pass with flying colours lah katakan! Tiba hari ujian jpj, aku pun konon bertenang padahal jantung nak tercabut jatuh ke lantai dah.

Masa tu aku dapat sesi kedua, giliran ke 4. Agak kesetanan di situ sebab menunggunya ya ampun ya rabbi memang hazabedah gila. Sesi pertama ada 40 orang kot! Setiap orang ambil masa lebih kurang 10 minit. Kau nampak hazab dia di situ?

Aku pun bersabar jelah. Buat pengetahuan semua, start batch tahun lepas, dah mula ada Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK) dengan Rutin Sebelum Memandu (RSM). Alah benda ni simple sangat tak payah risau konfem lepas (bisik hati aku dengan riak).

Inilah dia Perodua Axia. Canggih kan tempat aku belajar memandu ni, semua pakat pakai Axia je. Tempat lain masih pakai Kancil dengan Viva kot. Nak canggih, daftarlah dekat City Ipoh ataupun Sri Perak hahaha..


Bila hari kejadian, mampus dia pakai kereta Kancil untuk RPK, sedangkan selama sebulan ni aku belajar pakai Axia kottttt. Pening kepala aku... oleh itu aku hantam lahhhh labuuuuu masa RPK sebab bahagian enjin Axia dan Kancil berbeza ya anak-anak. Tapi takpelah benda dah lepas.

Pastu aku buat litar. Alhamdulillah lulus cemerlang dapat markah 66/75. Gembira bukan main sebab lulus tang situ, sampai lupa diri lepas ni ada ujian jalan raya pulak. Lagi sekali dengan sabarnya aku menunggu lagi sampai pukul 3 giliran aku untuk buat ujian jalan raya.

Semangat dah ni... walaupun masa tu aku dapat pegawai yang garang (aku analyze semua pegawai yg ada kat situ masa tunggu giliran hahaha). Masuk kereta terus buat RSM apa semua dengan yakin.

"Ok tuan, saya jalan ya..." ujar aku dengan penuh riak macam poyo je.

"Ok jalan." Dia buat muka toya.

Apa lagi, aku terus jalan. Tak sempat keluar pagar dia suruh aku pusing balik pergi tempat aku mula tadi. Aku pun ikut jelah.

"Awak dah buat kesalahan mandatori, tak pakai tali pinggang. Saya kena gagalkan awak."

Aku try buat muka comel macam ni sebab nak meraih simpati tapi langsung tidak dilayan. Pandang pun dia tak nak tau! Pegawai tu menyampah barangkali.

Tudia aihh tini awat hang pandai sangat sampai tali pinggang tak pakai makcik oii!!! Durjana!!! Bodoh piang!!! (carutan aku dalam hati ketika itu) Oleh kerana hanya tak pakai secebis (?) tali pinggang, aku pun telah digagalkan tanpa belas kasihan. Ok memang salah aku so tak boleh nak buat apa. Makanya dengan hati yang sebal aku pun pergi masuk ofis dan bayar RM 90 untuk buat ulangan. Mampuihhhh... koyak lagi poket aku.

Kau nampak ni? Buckle up, no excuses. Kau kasi excuses, jpj kasi kau gagal satu kali!!!

Moral of the story dekat sini, hangpa yang nak buat lesen kereta tu, masa ujian jalan raya, first thing pakailah TALI PINGGANG KESELAMATAN tu. Sayangilah nyawa anda tau.

Okdahlahbai. Aku nak menangisi hidup aku kejap.

Till then,
Chiao.

Tuesday, 2 February 2016

Hari-Hari Terakhir as a Student!


Sebelum aku mula, silalah faham bahawasanya aku sangat hampeh bila nak tulis tajuk post jadi tolonglah faham situasi aku bila tajuk post aku selalu poyo hahahaha.

Mana nak mula dulu ni eh...? Oklah aku mula dari sehari sebelum kertas terakhir SPM 2015 (Ekonomi Asas 2/12/2015), hari terakhir SPM, dan sehari selepas SPM. Before that aku nak inform awal-awal mungkin kebanyakan post-post di blog ini berkisarkan hal personal, makanya memang confirmlah aku nak menghujankan post-post dalam blog aku ni dengan gambar-gambar kitorang (aku dan kawan-kawan aku). Harap korang bersedia untuk muntah hijaulah ye mihmihmih...


Inilah dia kawan-kawan sepanjang hidup dua tahun aku dalam kelas V3. Walaupun ada yang aku dah kenal lama, tapi kitorang jadi betul-betul rapat dan ngam sejak form 4. Dari depan, Arisha, Aina, Aku, Hanis, Tasya.



Masa ni sehari sebelum kertas EA, kitorang ada extra class dekat sekolah untuk 4 hari. Kau bayangkan, 4 hari tau! Bukannya tak bersyukur ke apa, tapi masak weh 4 hari dari pukul 9-3 petang. Kau rasa tak lebam kitorang??? Sebab tu la kitorang datang dua hari je mwahahaha (jangan contohi). Masa extra class ni korojer kitorang ini jelah. Main-main! Macam la masa kecik-kecik dulu tak puas main hahaha!!! 



Muka-muka tak boleh blah lepas habis extra class yang terakhir. Ni kira gambar yang sopan-sopan la aku letak sini, ada yang lagi mengarut dari ni hahaha. Dorang ni semua gila-gila, harap maklong.

Maka keesokan harinya pun kitorang menjawab kertas EA yang susah gila sampai nak meninggal rasanya. Rasa macam dua tahun belajar EA dengan seronok, tiba-tiba EA menjadi satu mimpi ngeri dalam kehidupan kami semua huhuhu. Malas nak cerita pasal benda sedih, makanya habis je jawab paper yang habis petang tu, kitorang pun menyelfie lagi sehingga masing-masing pun lebam hahahahaa...

Muka dua dihadapan tu yang paling tak boleh nak blah sekali. Macam tapai basi kot!!!

Sebenarnya ini gambar masa hari terakhir dekat sekolah, bukan masa hari terakhir SPM. tapi aku nak letak jugak gambar ni sebab sweet mihmihmih...

Sebenarnya gambar dengan satu geng banyak gila nak meninggal tapi handphone aku mengalami kecacatan yang maksima makanya ini jelah yang sempat diselamatkan. Masa habis exam ni rasa happynyer mak oiii dah habis SPM. Boleh berjimba la katakan! Yang penting, kita enjoy!!!

Kemudian, cerita tentang sehari selepas SPM pulak. Sebenarnya tak adalah sehari selepas sangat sebab aku rasa kitorang hangout dua hari selepas tu hehehe. Kiranya hari Rabu habis exam, hari Jumaat tu kitorang dah jolly frog! Tak penyabar betul!

Aku cuba cari gambar masa hangout tapi takde pulak. Bersyukurlah korang yang baca ni sebab tak payah nak tengok gambar lagi hahahaha... Yang aku ingat masa tu kitorang tengok wayang and lepak makan-makan dekat Seoul Garden Kinta City. Cite apa ek kitorang tengok masa tu... aku rasa cite In The Heart of The Sea. Layan gila cite tu, best! Tapi masa tu yang tengok aku, Hanis dengan Aina je sebab Arisha dengan Tasya datang lambat so dorang join makan je.

Seoul Garden tu aku rasa dah jadi tempat wajib untuk kitorang lepak makan-makan kalau pergi Kinta City. Makan buffet ala-ala Korea, harga pun ok, apa lagi... balun sampai lebam! Selalunya kitorang lepak situ takkan kurang dari empat jam. Kau bayangkan hahahaha...

Itu baru cerita dalam beberapa hari lepas SPM je. Kau tak tahu sepanjang aku cuti ni macam-macam movie aku dah layan, dengan bowling + karaoke lagi. Lepas tu ada lagi hangout dengan dorang (kali ni tanpa Ari sebab dia dah pergi keje kat Sarawak). Tengok wayang and Seoul Garden lagi. Perghhhh, kering jugaklah poket aku ni! Tini... tini... bab menghabiskan duit akulah juara bertahan tau!

Dah la, malas nak cite pasal duit takde. Sensitif pulak rasanya hahaha.

Till then,
Ciao.

Wednesday, 27 January 2016

Azam Lepas SPM!


 SPM jadah apa kau ni tini? Dah nak masuk bulan Februari kot!

Sungguh aku rasa macam tengah buat lawak. Orang lain azam nak kumpul duit la, kuruskan badan la, dan seangkatan dengannya, aku pulak boleh buat azam ntahpaper! Azam nak buat blog lepas SPM! Apa jadahnya pulak tu???

Apa ko dah takde keje lain ke tini???

Memang aku takde keje pun mwahahaha (baloq liat pemalas nak cari kerja). Lebih sebulan dah habis SPM tapi inilah dia aku duduk terperuk dalam rumah serupa badak sumbu kekenyangan. Nak cari keje pemalas nauuuuu... Jadi duduk jelah dekat rumah melayan segala jenis hiburan yang ada.

Macam nilah keadaan aku dekat rumah. Saja cari gamba hippopotamus yang comel sikit sebab nak sedapkan hati hahahaha...
Blog ni aku bukak sebab sesaja nak menghilangkan bosan bila duduk sensorang dekat rumah ni. At least ada jugak la benda nak buat ye tak hehehe... Lagipun aku tak target sesiapa pun tahu tentang kewujudan blog ini sebab aku nak tulis ikut suka hati aku. Nak merapu merepek habis ni!!!


Sebab nafsu bercakap aku ni tak dapat dibendung tetapi aku tak dapat nak lunaskan nafsu bercakap aku tu bila sensorang kat rumah, makanya all my words are going to be transform into writings!

Sebenarnya aku rasa macam banyak je benda yang aku nak cerita. Tentang perasaan dah habis senior year di sekolah, tentang SPM yang macam nokharom tu, tentang perkara-perkara yang aku buat lepas SPM, perancangan lepas SPM, nak apply UPU dan semuanyalah!

Jadi, biar aku fikir dulu apa aku nak tulis untuk next entry ni hahahaha...

Till then,
Ciao.