Thursday, 7 April 2016

Keputusan SPM 2015

Haaa tudiaa tudiaaa...  Masih wujud rupanya kau tini yaaa... Setelah sebulan menghilang sejak keputusan SPM haritu, terus senyapkan diri? Apa cita bro? Kata nak update blog lepas dapat result? Ini dah kepam result tu baru nak update!

Alaa... ampunkanlah daku ini. Aku telah menghadapi hari yang sukar sejak dapat result haritu. Pasrah je bunyi kan? Kalau bunyi dah pasrah macam ni... kau agakkkkk? 

Tapi benda dah lama lepas, aku malas nak cakap banyak sebenarnya. Okey, aku straight to the point. Result aku takdelah gempak mana. Teramatlah biasa sahaja... ni kat bawah aku tunjukkan.

Inilah dia slip keramat tu

Kalau kurang jelas apa yang tertulis dalam slip tu, meh sini aku yang terangkan. Keputusan aku adalah seperti berikut :

BAHASA MELAYU | A+
BAHASA INGGERIS | A
PENDIDIKAN ISLAM | B+
SEJARAH | B+
MATHEMATICS | A
SCIENCE | A-
ADDITIONAL MATHEMATICS | E (lulus yaayyyy!!!)
PRINSIP PERAKAUNAN | B
EKONOMI ASAS | B+

Makanya aku ada 4A jelah... tak capai target, tapi nak buat macam mana. Masa aku dapat slip ni, aku terkedu. Tak tahu nak react apa, sebab aku tak jangka macam ni sekali. Balik rumah, puas aku nangis, aku fikir kenapa jadi macam ni? Aku dah try hard, aku dah buat semuanya... tapi kenapa tak dapat apa yang aku nak? Seharian tu aku memang down sangat. Sampai kawan-kawan aku yang lain sekolah, tak berani nak tanya aku sebab selalunya aku yang akan bukak mulut dulu. Tapi kali ni tak. Semua mesej dalam whatsapp semua aku tak balas, sebab aku memang sangat tak ada mood.

Aku terperap dalam bilik, dok fikir apa yang aku dah buat.  Kiranya aku muhasabah diri balik. Mesti ada sebab kenapa aku tak dapat apa yang aku nak. Mungkin Allah nak tunjuk kat aku supaya jangan riak, takbur. Dan masa tu baru aku terfikir yang aku ni pernah je bercakap buruk tentang cikgu, walaupun sebelum SPM aku dah minta maaf dekat semua. But still, aku ada buat semua tu. Aku pernah benci cikgu kenapa buat itu, kenapa buat ini. Jadi bila dah muhasabah diri macam ni, baru aku sedar mana salah silap aku yang sebenarnya. Allah tak redha. Allah tak redha dekat aku.

Dan mungkin juga Allah nak tunjuk yang jalan yang aku hendak pilih tu bukan jalan untuk aku. Macam entry sebelum ni, aku ada cakap yang aku nak sangat pursue law, nak jadi lawyer. Tapi dengan keputusan aku sekarang, aku tak boleh nak apply semua tu dalam UPU. Jadi aku fikir balik... dulu aku terlampau yakin. Aku yakin yang itu jalan untuk aku. Rupa-rupanya Allah nak tunjuk, bukan itu jalan untuk aku.

Persoalan pertama sekali yang muncul dalam kepala aku bila tengok result ni, aku fikir. KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU NAK? Allah... rupa-rupanya dalam Al-Quran dah terjawab soalan aku ni.

Al-Baqarah : 216
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”


Aku yakin... Allah dah tetapkan sesuatu yang lebih baik untuk aku. Aku anggap ini semua ujian untuk aku dalam mematangkan kehidupan. Jalan aku masih jauh. Aku masih boleh buktikan diri aku lagi. This is not the end for me.

Not the end.

Till then,
Ciao.

No comments:

Post a Comment