Ya, aku seorang makhluk yang lahir pada tahun 1998. Tahun 2016 merupakan tahun ke 18 aku hidup atas muka bumi (kau nampak ayat sasterawan negara aku ni?). Makanya tahun 2015 ialah tahun ke 17 aku hidup! Ok sekarang ni motif dia apa cik bedah?
Hahahaha... Ok motifnya sekarang ialah sebenarnya aku tengah nervous sebab result SPM nak dekat dah. Result akan keluar pada 3/3/2016. Lebih kurang seminggu je lagi tu! Makan tido makan tido, tuptup dah sampai hari Khamis. Kemudian pada hari tersebut semuanya bakal jadi seperti kucing nak beranak. Nervous lah kiranya tu!
Mungkin ginilah aku akan jadi masa nak ambik result nanti. Gigit jari la sampai putus hahahha... |
Mungkin ada yang akan cakap, chill la der, apa ada hal, benda dah lepas, relaks dah lah, and whatsoever. Kau pikir senang nak hapuskan segala pemikiran negatif yang ada dalam kepala otak ramai manusia yang sebaya dengan aku sekarang ni? Susah der!!!
Ya, pemikiran negatif dalam kepala aku ni dah melangkaui pemikiran positif aku. Dahlah kebelakangan ni aku asyik mimpi sekolah, makin bertambah cuaklah aku! Aku dok terfikir, what if aku tak capai apa yang aku nak? What if aku tak capai expectation orang sekeliling aku (family etc)? What if keputusan tu nanti akan mengecewakan aku dan orang sekeliling aku? What if, what if, what if?! All of these freaking thoughts memang akan drive me to hell!
Cakap pasal expectation, hari tu aku ada pergi satu program ni dekat Universiti Malaya for two days. Nanti aku cerita lebih lanjut pasal program ni dalam entry yang lain (kalau aku rajin). Ada antara slot program tu, dia bercakap tentang kita jangan hidup dalam expectation orang. Aku rasa slot Aiman Banna (aku baru tahu pada hari itu bahawa dia ni femes. tapi sorry lah aku tak kenal dia makanya dia belum cukup femes la kot bagi aku hahaha opsss), entahlah aku pun dah ingat-ingat lupa slot sape. Dia ada la elaborate tentang expectation tu dan aku faham point dia tapi nak cerita kat sini macam panjang pulak makanya biar aku sorang jelah yang faham kuikuikui...
But, back off. Aku memang sentiasa hidup dalam expectation orang. So what? Apa salahnya kalau hidup dalam expectation orang kalau ianya akan membuatkan dorang happy? Contoh aku bagi, ramai family members (termasuk sedara mara) yang mengharapkan aku selalu cemerlang dalam pelajaran. 5A UPSR achieved, 8A PMR achieved, kau rasa SPM ni dorang expect apa? 9A la wehhh!!! If aku penuhi expectation dorang, walaupun aku kadang-kadang rasa macam why am I doing all these shit sebab aku bukannya budak yang pandai sangat pun, tapi... bila tengok dorang semua happy dengan apa yang aku dah capai, automatik aku akan rasa everything yang aku buat tu berbaloi.
So, yes, I totally lived within other people expectations.
Totally true. Realiti tu pahit macam hempedu tahu tak. Tapi bila dah capai expectation tu, tetiba rasa dia manis macam madu. |
Jadi sekarang kau dah nampak berapa perenggan aku dah meraban kat atas tu? Itulah buktinya semakin dekat hari keputusan, semakin banyak benda yang bermain dalam pemikiran aku.
Ok, tutup cerita tentang tu. Kita bukak cerita lain pulak. Bila sebut tentang result SPM, mesti berkait rapat dengan bidang apa kau nak sambung lepas ni, ataupun kau apply mana? Am I right? Don't worry, Fatini is always right *winkwink*. HAHAHAHA.
Macam orang lain, aku pun dah apply UPU. Buat masa ni aku baru buat dua kali perubahan dan takkan buat apa-apa perubahan lagi sampailah tiba masa aku dapat result nanti. Sebab result SPM aku tulah yang akan menentukan sama ada aku layak atau tak untuk teruskan dalam bidang yang aku minat tu.
Insya-Allah, kalau ada rezeki, ada lah nanti tu.
Aku ada PLAN A dan PLAN B. Plan A ialah plan utama, yakni kalau result aku sesuai dengan bidang yang aku pilih, makanya aku akan teruskan plan A. Plan B pulak ialah plan di mana kalau result aku tak memberangsangkan, dan tak layak untuk masuk dalam bidang yang aku mintak tu, makanya aku akan gunakanlah plan B ini.
Buat masa sekarang, inilah top 3 yang aku letak dalam UPU :
Asasi Undang-Undang - UIAM
Asasi Undang-Undang - UITM
Asasi TESL - UITM
Doa-doakanlah supaya aku dapat belajar undang-undang tu. Aku nak jadi seorang peguam wanita yang berjaya! Sila jangan gelak pabila membayangkan aku jadi peguam. Tak baik tau judge orang hahahahaha! xD
Oklah, banyak sangat dah aku merepek kali ni. Next entry, aku update lepas dapat result! Nak tahu sama ada aku menangis kegembiraan atau kesedihan?
Till then,
Ciao.
No comments:
Post a Comment