Assalamualaikum semua! Kabare?
Hari tu entah bila aku lupa tarikh dia. Agaknya 15 April 2016 tak silap aku, keputusan temuduga bagi TESL untuk uitm dah keluar dekat portal uitm sendiri. Memandang aku dan Natasya masing-masing letak bidang ni tempat pertama sekali masa isi upu, makanya kami berdua jadi orang paling excited masa tu. Alhamdulillah, lepas check dengan sepantas kilat pukul 3 petang tu, kitorang berdua dapat panggilan temuduga untuk Asasi TESL di UiTM Kampus Dengkil (arghhhh yes!!!!).
Surat Panggilan Temuduga :) |
Tapi sayang, aku dengan Tasya dapat di tempat yang sama tapi waktu dan hari yang berlainan. Tasya hari Sabtu dan sesi pukul 8.00 pagi dan aku hari Ahad dan sesi pukul 2.00 petang. Ah, itu semua tak penting! Yang penting dapat peluang, ye tak? Kiranya, kejadian interview ni dah berlangsung tiga hari dari tarikh aku tulis entry ni.
Disebabkan tak ada siapa dalam family aku tahu atau pernah pergi ke Dengkil, dan tak tahu pun uitm dekat Dengkil tu wujud (sebab uitm dengkil baru bukak hujung tahun lepas kalau tak silap sheikh google :P), makanya kitorang satu family decided untuk pergi sehari awal. So aku pun tolong booking hotel dekat Agoda. Seb bek ada hotel kat Dengkil beb!
Inilah hotel yang aku duduk. D Boutique Hotel! |
Tapiiiiii, aduilah sesat larat nak cari hotel ni sebab tak biasa lagi jalan Dengkil. Uitm tak susah cari sebab dah boleh nampak dari jauh, and hotel ni sebenarnya dekat sangat dengan UiTM Dengkil tapi kena carilah eh. Murah dan sangat selesa! Recommended!
Hari Ahad untuk interview tu, aku dah nervous cam gila tapi sekejap je lepas dah tenangkan diri zikir banyak-banyak takde hal dah. Lepas Subuh, tengok berita pagi jap (sebab nak update recent issues hehe), lepas tu turun breakfast. Masa kat dining area tu nampak ramai yang pakai baju kurung, ada yang pakai kemeja dengan tie smart-smart. Konfem nak gi interview jugak kan!!!
Menu hari Ahad tu ada nasi lemak, kuetiaw goreng, nugget panas-panas, toast, honeystar and conflakes, air kiwi, teh o dan kopi. Semuanya sedap cuma sambal nasi lemak tu pedas sikit. |
The girls. Perempuan kan kalau makan memang takes time. Hat lelaki-lelaki tu sikit lagi nak habis waktu bfast baru dorang turun. |
Selfie sedas dengan kakcikku yang gemok :P |
Maafkanlah muka-muka tak mandi itewww ya hahaha. Kakak-kakakku yang paling sporting di dunia dengan sukarela dan sesuka hatinya telah turun dari UIA Gombak ke Dengkil ni sendiri semata-mata untuk menyaport (kata dasar dia support hahaha) dan memberi sokongan moral kepada adik mereka yang kurang bermoral ini. Sebenaqnya depa tu nak tidoq hotel ja kannnnn :P
Lepas breakfast, naik bilik and tengok tv cite kartun hahaha. Lepas tu tidoq sejam dua, and bangun mandi terus lama-lama sambil bercakap sorang diri dalam bilik air (praktis ok! xD). Pukul 1 petang kitorang check out dan terus ke uitm yang tak sampai sepelaung dari hotel. Dekat gila lima minit je!
Silang kaki nak bagi nampak effect kurus tapi angin kuat gilaaaa habis berhindustan bajuku tatkala itu uolls. Sudahnya gambar ini nampak pelik hahahaha |
Kakak dan adik. |
Check namaaaaa |
Happy sangat muka budak ni taktau pasaipa |
Sampai je situ, ambik gambaq sat. Penting tau! Lepas tu baru pergi tengok name list yang diorang dah lekat dekat whiteboard. Aku dapat Panel 8, giliran 12. Dalam pukul 1.30 macam tu aku kena naik aras 3 untuk ujian bertulis. Masa tu parents or family tak boleh ikut naik atas so family aku tunggu kat ruang bacaan di tingkat bawah tu. Makanya aku pun naiklahhhhh seorang diri.
Sorang-sorang ja naik. Rupa-rupanya aku one of the last yang naik atas! Patut la kosong sunyi sepi lif masa aku naik ni huhuhu |
Ujian bertulis tu mula pukul 2.00 petang dan habis pukul 3.00 petang. 1 jam je masa diberi untuk kau siapkan 15 soalan comprehension dan satu soalan essay. Aku dapat essay yang bertajuk disadvantages of internet. Nampak senang kan? But noooooo... kalau kau dah lama dah pegang pen semenjak SPM dulu, dan dah lama tak praktis tulis essay, kau akan rasa benda ni amat payah untuk disettlekan (akulah salah satunya hahaha). Soalan comprehension pulak memang perghhhh... tahap international gila beb! Doploh kali kau ulang baca artikel yang dia bagi tu pun belum tentu boleh faham! Artikel tu tentang emotions macam tulah lebih kurang.
Selesai ujian bertulis, ahli-ahli sama panel dengan aku dibawa turun ke aras 2 untuk temuduga. Disebabkan nak cepat mungkin, penemuduga aku telah membuat temuduga kami secara berpasangan. Pairinglah kiranya ni! Sedangkan yang lain buat sorang-sorang kot! Alhamdulillah...
Bila tiba giliran aku, aku pun masuklah bersama pasangan aku masa tu. Sumpah aku terlupa nama dia sape. Maaf ya. Bila dah masuk, dua orang penemuduga perempuan tu suruh kami letak beg kat atas meja di sebelah dan serahkan fail. Setakat yang aku masih ingat, beginilah interview tu berlangsung.
Interviewer : Okay, you are Nur Fatini bt Zulghafar right?
Me : Yes, I am.
Interviewer : Tell me why do you choose TESL?
Me : (mak aii dia tak tanya soalan introduce yourself ka? penat ready jawapan!) The main reason why I choose TESL is because I really want to be a teacher *pandang dia dengan mata bersinar*. I really really want to be a teacher. Honestly, I wanted to apply for IPG but unfortunately I didn't pass the minimum requirements, so I can't apply for it. But, that doesn't mean I can't be a teacher, right?
Interviewer : *senyum* Of course, dear.
Me : There's always another option like Asasi TESL in uitm. Futhermore, I really love English and English is my favourite subject in school. That is why I choose TESL as my first choice.
Interviewer : Good. What is your hobby, Fatini?
Me : I love watching movies, baking, and even singing.
Interviewer : Oh, what can you bake? (diorang nampak sangat berminat masa ni hahaha)
Me : I can bake cakes and cookies, but my forte is definitely cookies.
Interviewer : You should've brought us some cookies! *gelak gelak*
Me : *gelak jugak* I did, but it was with my family. They are picnicking at the field right now.
Interviewer : Where are you from, Fatini? And with whom do you come today?
Me : I'm from Ipoh and I came with my parents. My sisters came all the way from KL by ERL yesterday.
Interviewer : You have such a supportive sisters! Okay, lastly I want to hear you sing.
Me : (aku dah ready dengan soalan yang ini sebab Tasya pesan kata dia kena nyanyi gak mwehehehe) *dengan confident aku bangun dan nyanyi bahagian chorus lagu Listen - Beyonce. Beyonce koooooo!!! xD*
Interviewer : Thank you. Do you have any question to ask?
Me : Yes, I have a question. IF I am not chosen to study in this field, may I know the reason why?
Interviewer : *senyum* Honestly, we both like you so far (masa dia cakap ni aku rasa ya allah alhamdulillah lega gilaaaa). bla bla bla aku tak ingat sangat apa lagi diorang cakap tapi dia ada cakap yang keep praying, sebab beribu-ribu orang apply untuk tesl ni jadi ikut rezeki siapa yang dapat.
Selesai interview, aku pun keluar dan sembang-sembang jap dengan yang lain sebelum balik. Overall, aku rasa interview ni fun sangat-sangat!!! Langsung tak ada rasa nervous, atau takut sebab interviewer teramatlah baik dan sporting. Bila kena interview tu, sebenarnya rasa macam tengah sembang-sembang dengan kawan je. Masa kena interview pun banyak gelak-gelak.
Basically aku rasa interview aku ok dan best. Tak ada kena tanya soalan susah-susah macam current issues atau educational issues ke walaupun aku dah ready nak jawab soalan-soalan macam tu. Tips yang aku boleh bagi untuk korang yang seterusnya ni, untuk elak ditanya soalan-soalan cepumas tu, cuba 'pancing' penemuduga dengan benda yang korang tahu. Apa yang aku perasan, interview setiap orang dalam 10-15 minit je. Jadi, kalau korang berjaya pancing dorang untuk tanya soalan yang kau tahu jawapannya, maka kau selamat.
Contohnya kalau dia kata introduce yourself, korang boleh cakap bla bla bla dan jangan lupa mention hobby korang dan apa yang korang buat masa cuti panjang lepas SPM. Kalau suka baca buku, cakap suka. Jangan tipu! Jangan sesekali!!! Sebab diorang mesti akan tanya kenapa kau suka baca buku, buku apa kegemaran kau, kenapa kau suka buku tu. So, secara tak langsung kalau kau memang suka baca buku, kau terangkan balik jelah kenapa kau suka buku tu. Simple je kan? Sebab tu aku cakap jangan bohong, sebab dorang mesti boleh detect kau bohong kalau kau stuttering bila tengah explain tentang favourite book kau sendiri. Inilah taktik yang aku panggil 'pancing' hehehe. Pancing dia untuk tanya kau soalan yang kau dah arif akan jawapannya!
Reminder : Tak semestinya taktik pancing ni berkesan tau! Tapi tak salah kalau cuba kan?
Lepas habis interview maka kami satu family pun bertolak balik ke Ipoh petang tu dalam keadaa yang hujan lebat. Hujan rahmat barangkali! Oklah, rasanya dah banyak sangat aku membebel ni. Sebelum berakhir, tolong doakan aku dapat belajar tesl ni ya!
Till then,
Ciao.
No comments:
Post a Comment