Lama sangat dah ni tak update blog rasanya. Kalau nak diikutkan hati, mood nak berblog tu dah terbang melayang tak tau pergi mana dah. Tapi disebabkan aku rasa hari-hari aku sangatlah tak produktif, makanya aku gagahkan jugak diri untuk update blog ni. Kata nak jadi hakak sadoooo kan!
Alhamdulillah, aku telah diterima masuk ke UiTM Dengkil untuk menyambung pelajaran dalam bidang Asasi Tesl sesi 2016/2017. Apahal bahasa aku skema gila ni wei?! Hantam sajalah labuuuuu!!! Ok, back to the topic Fatini. Cukup-cukuplah tu melalut. Kau ingat ada orang nak baca blog syok sendiri kau ni? Ayat pendahuluan kemainnnn kan. Buat pengetahuan korang, by the time aku tengah tulis entry ni, aku dah pun masuk ke hari kedua final exam semester 1. Nampak tak bertapa busuk-asyem blog aku ni dah jadi? Last entry masa pergi interview kot! Ni dah final exam baru nak sambung menulis dalam blog apa cite tini apa cite.
Okay, back to the title. Nak tengok serba sedikit tentang UiTM Dengkil tak guys? UiTM Dengkil ni sebenarnya baru je bukak hujung hujung tahun 2015. UiTM Dengkil ni dah dijadikan Pusat Asasi yang menempatkan semua bebudak asasi tak kiralah Kejuruteraan, Sains, Law ataupun Tesl macam aku ni haa. Misal kata, semua budak asasi ada terkumpul ibarat semut menghurung gula di UiTM Dengkil ni. Nampak tak penggunaan peribahasa yang kurang sesuai di situ? Ok next!
Ini semua sneak peek dulu eh. For a full view of UiTM Dengkil from A to Z akan daku ceritakan di entry-entry yang seterusnya yakni selepas habis final nanti. Aku faham tak banyak sangat cerita tentang UiTM Dengkil ni yang kau boleh dapat dalam internet sebab benda baru lagi kan. Lebih-lebih lagi tentang Asasi Tesl. Takpe, insya-Allah aku akan ceritakan bila ada masa terluang nanti. Esok aku ada exam CTU (agama) wehhh. Sebelum tu, korang boleh usha blog abg senior theikhmalzikry dulu sebab blog dia serius membantu gilaaaa. Aku rujuk blog dia kot dari masa sebelum interview sampai la sekarang ni.
Now, let me introduce to youuuuuu *drum rolls* UiTM Dengkil!!!
Papan tanda hadapan. Bagi aku warna dia kurang menyengat. Ok tu je nak komen. |
Pondok Polis Bantuan dekat pintu masuk. Kau hati-hati sikit dek, sesi saman-menyaman kat kawasan ni berjalan dengan amat pesat! |
Anjung Dengkil tempat korang akan mentekedarah nanti. Lots of food! Sebab tu aku kat sini cepat habis duit. |
View dari jalan besar kat luar. Sebelah uitm ni memang padang jarak padang terkukur. Selalunya banyak lembu-lembu dok meragut rumput kat sini. Serius. |
View malam dari luar. |
Bangunan Pentadbiran yang tersergam indah. Nun dari jauh kau dah boleh nampak bangunan ni. The tallest in Dengkil city I bet! |
View dari tingkat 7 bangunan Dahlia 2 (blok kediaman perempuan) |
Kolej Dahlia 3 yakni blok kediaman aku yang tersayang. |
Okay, so far yang tu dulu eh. Aku nak kena hafal tentang pembentukan manusia dan dalil-dalilnya untuk jawab CTU besok ni hahahaha. Banyak lagi tentang UiTM Dengkil dalam entry-entry seterusnya. Memandangkan Isnin depan last paper dan boleh balik cuti sem, Jumaat pulak takde exam, aku akan cuba rajinkan diri pergi photoshoot sedikit sebanyak bangunan-bangunan dalam uitm ni untuk korang yang nak tahu tentang UiTM Dengkil. Walaupun kecil, tapi insha-Allah lengkap serba-serbi.
Till then,
Ciao.
Entri yang berkaitan:
1. Pengalaman interview TESL di UiTM Dengkil 2016
note: all pictures were taken using my very own smartphone. Taking it without asking for my permission first is strictly prohibited!